MARI BELAJAR BERSAMA KAMI

Ahli Kumpulan :

AMALINA BT HASSAN ( PPG/30869/11)

NURAFIDAH BT SAMSUDIN ( 30812/11)

MAIZATUL ESFARGH BT DOLHAN ( 30849/11)

IDA BT NARAWI (PPG/30838/11)


Thursday, 15 December 2011

Storyboard



 




*        Ahli kumpulan terdiri daripada Nurafidah Samsudin, Ida Narawi, Maizatul EsfarghDolhan dan Amalina Hassan.
*        Hasil perbincangan, kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Empilla, yang terletak di Kota Samarahansebagai lokasi untuk menjayakan projek KPD3026 pada kali ini.
*        Cikgu Ida Narawi merupakan guru kelas prasekolah yang telah dipilih.  Dia juga telah berjumpa dengan Guru Besar untuk mendapatkan keizinan sebelum kami memulakan sesi p&p.







*        Tema p&p yang kami pilih ialah Diri Saya dan sub-tema pula ialah AnggotaBadan.
*        Memandangkan Cikgu Ida merupakan guru kelas maka dia telah memulakan sesi p&p terlebih dahulu supaya murid-murid   prasekolah ini tidak berasa segan atau takut sekiranya melihat cikgu lain yang mengajar mereka.
*        Sebagai set induksi, Cikgu Ida mengajak murid-muridnya menyanyikan sebuahlagu “Anggota Badan Saya”.


 



*        Seterusnya Cikgu Ida bersoaljawab dgn murid-murid tentang anggota badan yang mereka ketahui.
*        Selain itu, Cikgu Ida juga, meminta murid-murid menyentuh anggota badan yang mereka sebut seperti mata, mulut, tangan dan sebagainya.
*        Selesai slot yang pertama, Cikgu Nurafidah pula mengajar murid-murid mengeja 5 perkataan mengikut tema.  Antara perkataan tersebut ialah mata, mulut, hidung, jari dan kaki. Cikgu Nurafidah mengajar mengeja perkataan dengan menggunakan kad imbasan yang mempunyai suku kata yang bewarna. Kemudian, murid-murid dipilih secara rawak untuk mengenalpasti samaada murid-murid telah mengenal huruf sekaligus membunyikan suku kata dengan betul.







*        Slot seterusnya di sambung oleh Cikgu Amalina dimana beliau mengajar murid-murid untuk memadankan perkataan dengan gambar.   Ini bertujuan mengenalpasti samaada murid telah mengenali anggota badan dengan tepat.
*        Sebagai proses pengayaan, Cikgu Maizatul pula membimbing murid-murid sekali lagi menunjukkan anggota badan yang disebut dengan betul.  Kemudian menjelaskan apakah fungsi anggota badan tersebut dan kepentingannya kepada manusia.
*        Sebagai set refleksi, Cikgu Ida memberi latihan kepada murid-murid iaitu melukis 5 anggota badan yang dipelajari seterusnya membuat penilaian kendiri bersama murid-muridnya.

 








*        Gambar kenangan bersama murid-murid kelas Prasekolah Sekolah Kebangsaan Empila setelah selesai proses p&p.
*        Murid-murid seronok didatangi oleh guru-guru baru walaupun hanya mengajar mereka dalam masa yang singkat.  Namun objektif pada hari tersebut tercapai iaitu murid-murid sudah mengenali anggota badan, pandai mengeja dan melukis gambar dengan baik walaupun tidak cantik seperti lukisan orang dewasa.






 


*        Alhamdulillah, akhirnya projek KPD3026 ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.
*        Kami sangat teruja untuk menyiapkan projek kumpulan ini dengan bersungguh-sungguh dan terbaik.

No comments:

Post a Comment