Rancangan Pengajaran
Tema : Badan Saya
Subtema : Anggota badan
Tunjang Utama : Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
Standard Pembelajaran Utama :
(BM 3.5.1) Membatangkan dua suku kata terbuka untuk menjadi perkataan dengan bimbingan
Standard Pembelajaran lain yang disepadukan :
( BM 2.2.1 ) Menyebut semula soalan ransangan yang dikemukakan.
( ST 3.1.2 ) Mengenalpasti bahagian tubuh badan iaitu mata, hidung, mulut, telinga, kening,jari.
( KTI 1.2.7 , KTI 2.1.10 )
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran, murid dapat ;
- mengenal bahagian tubuh badan dengan tepat.
- menyebut nama anggota badan.
- melukis bahgian anggota badan.
Kosa Kata:
Muka, mata,hidung, mulut, jari, telinga.
Peralatan dan Bahan :
Kertas lukisan, pensel, warna .
Set Induksi ( 10 minit )
1. Guru menyuruh murid menyanyikan lagu anggota badan.
2. Guru bersoaljawab dengan kanak-kanak secara individu dan beramai-ramai :
a) Apakah nama bahagian anggota badan yang ditunjukkan ?
b) Apa fungsi anggota badan ?
3. Guru memberitahu kanak-kanak bahawa hari ini kita akan mengenal anggota badan.
Aktiviti 1 ( 15 minit )
1. Guru menunjukkan carta anggota badan.
2. Guru menyebut bahagian anngota badan satu persatu.
3. Murid menyebut bahagian anngota badan dengan bimbingan.
Aktiviti 2 ( 20 minit )
1. Guru menunjukkan gambar perkataan.
2. Guru guru menyebut dan mengeja perkataan.
3. Murid mengeja menikut bimbingan guru.
4. Guru membimbing murid mengeja dan menyebut perkataan beberapa kali.
5. Guru menunjukkan gambar dan perkataan. Murid memadankan gambar dengan perkatan
yang disebut.
6. Seterusnya guru meminta murid menyebut perkataan dan memadankannya dengan
bahagian anggota badan sendiri.
7. Aktiviti tersebut diulang beberapa kali.
8. Murid di beri kertas lukisan. Murid disuruh melukis bahagian anggota badan yang telah dipelajari.
Penutup ( 15 minit )
1. Guru bersoaljawab dengan kanak-kanak tentang apa yang telah mereka telah pelajari hari ini tadi.
2. Guru juga menerangkan kepada murid tenteng fungsi anggota badan.
a) Apakah yang adik-adik buat hari ini tadi?
b) Apa kepentingan mata, hidung, mulut?
3. Untuk mengakhiri sesi pengajaran, guru memperdengarkan sebuah lagu ‘Anggota Badan Saya’.
No comments:
Post a Comment