BARU LAHIR | Mahu mendengar , melihat dan bergerak balas terhadap anda. Mengangguk, mengerak-gerakkan mulutnya , menjulurkan lidahnya dan menyentak-yentak tubuhnya. |
12 MINGGU | Akan memusingkan kepalanya ke arah suara anda dan tersenyum melihat anda. Menyatakan perasaan gembiranya dengan tersenyum, menendang-nendang kakinya dan melambaikan tangannya |
16 MINGGU | Simanja akan memandang dan tersenyum ke arah sesiapa yang bercakap dan bermain dengannya. Mengenali ahli anggotanya .Tidak suka ditinggalkan sendirian dengan mainannya terlalu lama. |
20 MINGGU | Simanja menunjukkan sifat malunya ddengan memalingkan muka dan badannya pada orang yang tidak dikenali.Boleh membezakan gerak balas dan nada suara yang berlainan terhadap senyuman dan apabila dimarahi. |
24 MINGGU | Bergerak balas terhadap gerak isyarat seperti menepuk ,mengusap dan menampar.Mula menunjukkan sifat kepunyaan dengan berpegang pada anda . |
28-36 MINGGU | Simanja akan megapai atau menyentuh bayi lain .Akan melakukan pelbagai gerak isyarat supaya dia difahami seperti batuk, menjerit ,menangis dan gerak isyarat perbualan yang lain. |
No comments:
Post a Comment